Kenapa ANDA Harus Bertemu Janji Dengan YUSRIE?

YUS002

kenapa ANDA harus mengatur temujanji untuk bertemu saya ? Saya akan menerangkan kepada ANDA secara eksklusif apakah 4 perangkap besar yang boleh memusnahkan segala impian hidup ANDA dan apakah persediaan ANDA untuk menghadapinya.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

3 Perangkap Besar Dalam Hidup Kita

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

…tiada siapa mampu menolak takdir, TAPI kita mampu membuat persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan…

Pembaca budiman, samada anda menyedarinya ataupun tidak, kita sebenarnya terdedah dengan 3 perangkap besar dalam hidup ini dan perangkap ini boleh memusnahkan segala impian dan harapan anda.

Anda harus terus membaca kenapa saya katakan bahawa 3 perangkap besar ini boleh memusnahkan impian hidup anda andainya anda tidak membuat sebarang tindakan hari ini.

3 perangkap besar yang akan memusnahkan impian hidup anda andainya anda tidak bersedia hari ini !!

  1. AJAL DI USIA MUDA

    • hutang tertunggak akan jadi bebanan kepada keluarga
    • sumber pendapatan utama keluarga akan terjejas
    • masa depan anak-anak turut terjejas
    • keluarga terpaksa bertungkus lumus mencari nafkah untuk teruskan kehidupan
  2. SAKIT/SAKIT KRITIKAL/HILANG UPAYA KEKAL

    • tidak mendapat rawatan segera di hospital kerajaan
    • bil rawatan sangat tinggi
    • tiada lagi pendapatan tetap kerana hilang upaya untuk bekerja
    • tidak dapat memberi nafkah kepada keluarga dan menjadi bebanan

  3. HIDUP TERLALU LAMA

    • wang simpanan persaraan tidak mencukupi
    • kos kehidupan yang semakin meningkat
    • tiada lagi pendapatan selepas bersara
    • kurang upaya untuk bekerja semula
    • belanja perubatan SEMAKIN DIPERLUKAN kerana sakit akan mula kian mendatang bila usia makin meningkat

Payung Emas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sengaja saya memilih tajuk ‘posting’ Payung Emas kerana payung seringkali   dikaitkan dengan simbolik perlindungan sehinggakan pepatah melayu pun  ada berbunyi “sediakan payung sebelum hujan”.

APAKAH NILAI RM150  itu  sudah cukup terlalu tinggi bagi kita HANYA untuk memberi perlindungan yang sewajarnya untuk anda dan juga keluarga?

Apabila musibah sudah menimpa, RM150 sudah tidak ada nilainya lagi pada waktu itu. Bertindak pada waktu mungkin sudah terlalu lewat bagi anda. Pengalaman adik kandung sendiri rasanya memeritkan dan oleh itu, sediakan payung sebelum hujan.

Apabila kita sudah disahkan menghidap penyakit, pada waktu itu kita sudah tidak berpeluang untuk mengambil pelan perlindungan diri lagi.

Apa yang mampu kita lakukan pada waktu itu ? Kita mungkin terpaksa meminjam dari saudara mara yang ada, itupun kalau ada yang sudi membantu. Mungkin juga kita terpaksa menjual semua aset yang ada demi untuk membiayai segala kos perubatan yang semakin meningkat.

Andainya hari ini kita masih terfikir-fikir…anda sebenarnya bukan berfikir. Di dunia ini hanya 2% sahaja manusia yang benar-benar berfikir selebihnya tidak berfikir.

Ingat payung emas ini, ingatlah nasihat saya…”sediakan payung sebelum hujan…”

payungcun

10 Sebab Kenapa Anda Perlu Insurans

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini saya cuba menyenaraikan antara sebab-sebab UTAMA mengapa setiap anda harus mempunyai pelan insurans perlindungan kesihatan. Kadang-kadang kita kena paksa diri untuk memiliki pelan perlindungan insurans sebagai persediaan menghadapi sebarang musibah yang mungkin menimpa kita.

Hanya 2% sahaja orang di dunia ini yang benar-benar berfikir iaitu berfikir dan bertindak. Selebihnya 98% mengaku berfikir sedangkan mereka tidak berfikir pun

1. Untuk melindungi pendapatan keluarga

Bagi kebanyakan keluarga, kesinambungan pendapatan adalah bergantung kepada kehidupan dan kesihatan pencari nafkah. Insurans hayat yang secukupnya menjamin pendapatan keluarga dalam apa jua keadaan sekiranya ditimpa musibah atau kecelekaan.

2. Perlindungan kewangan ketika hilang upaya

Sekiranya pencari nafkah hilang upaya, insurans hayat memastikan keperluan keluarga tidak terjejas dengan jumlah tunai yang akan diperolehi.

3. Suatu pelan untuk pendidikan anak – anak

Semua ibubapa mempunyai impian yang tinggi terhadap masa depan anak – anak mereka. Insurans hayat menjadikan impian itu suatu kenyataan.

4. Suatu tabung persaraan

Semua orang yang bekerja mengharapkan suatu persaraan yang membahagiakan. Insurans hayat adalah langkah praktikal ke arah matlamat tersebut.

5. Suatu pelan perubatan/kesihatan

Kebanyakan orang merungut mengenai peningkatan kos bagi penjanaan kesihatan. Orang yang bijak mengunakan insurans hayat untuk meringankan beban perbelanjaan perubatan/kesihatan yang tinggi.

6. Suatu ukuran nilai diri

Ramai yang tidak pasti akan nilai diri mereka. Insurans hayat membolehkan anda menghebahkan pada dunia akan nilai sebenar diri anda.

7. Sebagai pemberian untuk yang tersayang

Tidak seperti pemberian yang lain, insurans hayat adalah pemberian yang berharga dan kekal sepanjang hayat.

8. Perlindungan perniagaan keluarga

Sesetengah perniagaan keluarga adalah untuk diwarisi dari generasi ke generasi. Insurans hayat membantu memastikan pengekalan pusaka keluarga.

9. Sebahagian daripada pelan kewangan menyeluruh

Suatu pelan kewangan itu mungkin ringkas atau kompleks. Namun, tiada pelan kewangan yang sempurna tanpa insurans hayat.

10. Sebagai sokongan kepada rakan

Orang membeli insurans hayat kerana seribu satu sebab. Tidak dinafikan, ada yang membeli insurans hayat untuk menyokong seorang rakan ejen.

Tepuk dada tanya pada selera anda. Insurans hari ini adalah satu keperluan. Ada juga kalanya dikalangan yang saya temui memberikan alasan “saya tidak minat…..”. Ini bukan soal minat atau tidak. Ia adalah satu keperluan.

Saya sekadar berkongsi pengalaman diatas kesedaran apabila musibah menimpa adik saya sendiri dan dapat dibayangkan bagaimana beban itu terpaksa kita hadapi. InsyaAllah, saya akan cuba masukan foto-foto adik saya setelah mendapat kebenaran dari beliau.

Terima kasih dan salam hormat.

Apakah Perlindungan Kesihatan ?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Bila kita bercakap soal simpanan, kebanyakan orang memang ada simpanan sendiri setiap bulan. Tidak kiralah dimana anda menyimpan sama ada di bank, Tabung Haji atau mana-mana, sikit-sikit mesti ada. Perkara biasalah kalau simpan hari ni, esok lusa keluar semula. Emergency lah katakan..hehehehe.

Tapi, bila cakap soal perlindungan kesihatan, cuba bilang dengan jari, berapa ramai mak bapak yang ambil inisiatif untuk sediakan perlindungan kesihatan untuk anak-anak? Senang cakap insuranlah.

Janganlah mengeluh tak ada duitlah, tak cukup bajetlah, tak cukup makanlah. Ish…asyik-asyik nak mengeluh. Semua rezeki kita ni kan Allah yang tentukan. Tiap-tiap anak tu Allah dah tentukan rezeki masing-masing. Baca doa banyak-banyak macam pernah aku tuliskan dulu. InsyaAllah, rezeki akan datang dari arah yang tak disangka-sangka dan kita akan terhindar daripada perasaan sentiasa gundah gulana

Bukan nak kata hospital kerajaan tak bagus, bagus….tapi…lu pikirlah sendiri. kalau dah ada pengalaman lagi bagus. Birokrasinya, perghh….lambat giler!!! Nak buat scan lambat, MRI lagilah lambat. Doktor pun bukannya banyak sangat. Semua tu pengalaman aku. Paling tidak kalau ke swasta cepat sikit semua urusan. Memanglah nak masuk kena bayar sikit tapi kalau bil beribu-ribu, mampu ke nak bayar?

Kalau ada insuran, insuran akan cover dan kita pun akan dapat service yang baik.  Bilik pun selesa sikit, service pun cepat.

Semoga kita semua sentiasa mendapat manfaat bila sudah mempunyai insurans.

Sekian, wasalam

Berbaloikah Dengan RM200 ?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Anda bayangkan dengan simpanan HANYA RM200 sahaja sebulan, anda mampu untuk menikmati manfaat-manfaat seperti yang dinyatakan berikut. Malah diakhir tempoh polisi, anda akan memperolehi sebahagian jumlah simpanan tersebut RM49,680 dan saya cuba letakan disini satu contoh tepat yang diambil kira berdasarkan maklumat ‘prospect’ seperti berikut :-

Umur : 28 tahun
Jantina : Lelaki
Premium : RM207.39 sebulan

Apa manfaat yang diperolehi oleh ‘prospect’ ini ?

1. Faedah Kematian. Bila berlaku kematian biasa, pampasan RM100,000 akan dibayar dan sekiranya kematian disebabkan kemalangan, RM200,000 akan dibayar kepada waris/penama

2. Faedah Hilang Upaya. Hayat yang diinsurankan akan dilindungi sehingga umur 65 tahun atau tempoh polisi yang mana lebih awal. Sekiranya disahkan mengalami hilang upaya maka RM100,000 akan dibayar

3. Faedah Penyakit Kritikal. Faedah ini akan melindungi hayat yang diinsurankan sehingga umur 70 tahun atau tamat polisi yang mana lebih awal. Sekiranya disahkan mengalami penyakit kritikal, maka faedah sekali bayar sahaja sebanyak RM10,000 akan dibayar.

4. Khairat Kematian RM2,000

5. Elaun Harian Hospital. Jumlah Elaun Harian Hospital untuk pakej pelan ini, semuanya berjumlah RM250 sehari.

6. Jumlah Simpanan hasil tabungan anda sebanyak RM49,680 akan dibayar apabila tamat polisi.

7. Kad Kesihatan yang melayakan anda menerima rawatan di 88 buah pusat rawatan pakar diseluruh negara Malaysia.

8. Had rawatan maksima RM80,000 setahun dan RM240,000 had seumur hidup.

9. Kos rawatan seperti yang dicaj akan dibayar

Anda fikir dan renung-renungkanlah apa manfaat yang dinyatakan ini benar ataupun tidak. Saya sekadar menjalankan tugas untuk memberi kesedaran kepada bangsa saya sendiri dan moga-moga inilah yang dapat saya jawab bila disoal apakah tanggungjawab yang telah engkau jalankan untuk bangsa engkau ? Wallahualam

Sekian, wasalam.

Contoh Kad Kesihatan @ Medical Card


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, hari ini saya akan menunjukan contoh Kad Kesihatan @ Medical Card MCIS Zurich Insurance Berhad. Dengan adanya Kad Kesihatan ini, anda secara automatik akan mempunyai jumlah perlindungan kesihatan untuk kos rawatan penghospitalan maksima sehingga RM540,000 (tertakluk kepada syarat & terma).

cardmedical

bebaskan diri anda daripada kekusutan kewangan akibat bil hospital yang tingi

InsyaAllah, saya akan menulis tentang apa istimewanya memiliki kad perubatan MCIS Zurich ini . Kad ini sah laku pakai di semua 88 buah pusat rawatan pakar di seluruh negara Malaysia dan saya akan menyenaraikan kesemua hospital disetiap negeri sebagai rujukan anda.

Terima kasih dan salam hormat.

H1N1 Turut Dilindungi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saban hari, angka kematian di negara kita kian bertambah akibat wabak virus H1N1. Sebagai seorang Perunding Kewangan, saya pada mulanya dulu agak kecewa juga  bila penyakit H1N1 dikatakan tidak dapat dilindungi seperti mana yang terkandung di dalam polisi insurans.

Alhamdulillah, akhirnya kenyataan H1N1 turut dilindungi sedikit sebanyak membawa khabar gembira buat pemegang-pemegang polisi

h1n1


“Meskipun majoriti polisi perubatan tidak memasukkan penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantina oleh undang-undang, syarikat insurans hayat bertindak kepada keperluan mendesak negara berikutan peningkatan jumlah mereka yang dijangkiti wabak itu,” menurut kenyataan LIAM di Kuala Lumpur semalam.

Menurut LIAM, syarikat insurans akan terus memantau situasi dan akan memaklumkan kepada pemegang polisi sebarang perubahan keputusan.

Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) berkata perlindungan dan polisi kesihatan berbeza antara satu syarikat dengan syarikat lain.

“Ia bergantung kepada syarikat berkenaan sama ada mahu memasukkan Influenza A(H1N1) dalam polisi mereka. Kami tidak boleh memaksa mereka mengubah polisi,” kata penasihat teknikal PIAM Tan Eng Leong kepada Bernama.

Menurut laman web PIAM, polisi kesihatan umumnya tidak mengecualikan rawatan kemasukkan ke hospital bagi jangkitan atau penyakit berjangkit seperti H1N1.

“Namun, beberapa polisi ada menyatakan pengecualian perlindungan bagi penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantina mengikut undang-undang.

Ini bermakna jika H1N1 diklasifikasikan sebagai satu penyakit berjangkit memerlukan kuarantina oleh undang-undang Malaysia, maka polisi sedemikian tidak meliputi perlindungan seperti perbelanjaan perubatan,” kata beliau.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia Dr David Quek Kwang Leng meminta syarikat insurans supaya lebih bermurah hati dan lebih memahami krisis seumpamanya.

“Kami menghadapi beberapa masalah dengan syarikat insurans kesihatan. Ini terutamanya berhubung kes-kes di hospital swasta di mana banyak syarikat insurans enggan membayar semula rawatan kerana telah termaktub dalam kontrak insurans perubatan, pengecualian rawatan wabak penyakit,” kata beliau.

Semoga kita semua dijauhkan dari wabak H1N1 dan sentiasa akan mendapat perlindungan yang lebih besar dari Maha Pencipta

4 dalam 1

KENCING MANIS, tekanan darah tinggi, kegagalan buah pinggang dan sakit jantung — empat penyakit yang saling berkait rapat. Biasanya jika seseorang ada kencing manis, dia berisiko tinggi mengalami tiga penyakit lain, terutama jika gagal mengawal paras gula dalam darah.

jantungg

Dianggarkan di seluruh dunia ada kira-kira 250 juta pesakit kencing manis dan catatan menunjukkan kebanyakannya meninggal dunia akibat komplikasi penyakit. Punca utama kematian di kalangan pesakit kencing manis ialah masalah jantung dan kegagalan buah pinggang.

Di Malaysia, jumlah pesakit kencing manis kini mencecah 1.2 juta orang dengan catatan 650,000 kes baru setiap tahun. Kebanyakan pesakit tidak sedar mereka menghidap penyakit kronik ini hinggalah mengalami pelbagai gejala yang menjejaskan kualiti hidup.

Pakar perubatan percaya kebanyakan pesakit menghidap kencing manis beberapa tahun sebelum penyakit dikesan. Yang membimbangkan, lebih lama seseorang itu menghidap kencing manis, lebih tinggi risiko untuk mendapat komplikasi penyakit.

Kencing manis adalah penyakit zaman moden paling nyata dan menjadi punca kematian kelima tertinggi di dunia. Dianggarkan satu kematian berlaku dalam setiap 10 saat akibat kencing manis.

Komplikasi kencing manis boleh dibahagi kepada dua iaitu:


1) Mikrovaskular (membabitkan kerosakan salur kecil) seperti kerosakan mata dipanggil retinopati diabetes yang mengakibatkan pesakit hilang penglihatan, kegagalan buah pinggang, kerosakan saraf kaki dan meningkatkan risiko kaki dipotong.

2) Makrovaskular (membabitkan salur darah besar) lebih mudah berlaku pada kadar empat kali lebih tinggi berbanding komplikasi mikrovaskular. Kencing manis boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, strok, penyakit vaskular periferal (PVD iaitu salur darah besar pada kaki).

Pecahan komplikasi kencing manis:

-55 peratus kematian kerana komplikasi jantung
-13 peratus kes kematian kerana paras gula tidak terkawal
-13 peratus kes kematian kerana kanser
-19 peratus kes kematian kerana lain-lain penyakit

Perkara pertama perlu dilakukan untuk mengelak komplikasi ialah mengawal paras gula dan tekanan darah. Bagaimanapun, pesakit kencing manis yang turut mengalami masalah tekanan darah tinggi sukar mencapai paras gula dan tekanan darah yang disasarkan (selamat).

Namun, komplikasi kematian akibat kencing manis boleh dibendung. Ini didapati daripada kajian klinikal terbesar, ADVANCE anjuran syarikat farmaseutikal Servier yang membabitkan pesakit kencing manis di seluruh dunia.

Kajian dilakukan untuk menjawab beberapa isu yang belum diselesaikan berkaitan kawalan tekanan darah dan pengurusan glukos dalam diabetes mellitus, iaitu jenis kencing manis yang dihidapi pesakit dewasa.

Antara keputusan dalam cabang yang mengkaji penurunan tekanan darah menunjukkan gabungan komposisi tetap ubat perindopril dan indapamide iaitu rawatan untuk hipertensi (tekanan darah tinggi), dapat meningkatkan kelangsungan hidup dan mengurangkan masalah jantung dan buah pinggang dalam pesakit kencing manis.

Gabungan ubat yang diberi mencatat pengurangan ketara terhadap jumlah kematian keseluruhan (sehingga 14 peratus) dan risiko kematian akibat penyakit jantung (sehingga 18 peratus).

Dalam perkataan mudah, dalam tempoh lima tahun kajian, satu kematian dapat dielakkan untuk setiap 79 orang pesakit yang dirawat dengan gabungan rawatan perindoril dan indapamide.

Selain itu, risiko berlaku kejadian membabitkan jantung berkurang sebanyak 14 peratus dan 21 peratus bagi kejadian penyakit buah pinggang. Ini bermakna, satu kejadian koronari dapat dielak untuk setiap 75 pesakit yang diberi rawatan ini.

Kajian ADVANCE dilakukan secara rawak di pelbagai pusat membabitkan 11,140 pesakit kencing manis di 215 pusat dari 20 negara di Asia (termasuk Malaysia), Australasia, Eropah dan Amerika Utara; iaitu negara yang mengalami masalah kencing manis serius.

Di negara kita, kajian dilakukan di lima pusat iaitu Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Hospital Besar Ipoh, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Hospital Besar Pulau Pinang.

Pemilihan pesakit untuk kajian ini dibuat berdasarkan beberapa kriteria, iaitu berumur melebihi 55 tahun dan ada sejarah komplikasi penyakit makro dan mikro vaskular dalam tempoh tahun sebelum menyertai ujian, menunjukkan tanda faktor risiko lain serta menghidap hipertensi atau tekanan darah normal.

Kajian itu membabitkan empat cabang untuk menyelidik fungsi jantung dan mata selepas gabungan medikasi, keberkesanan kos dan kualiti kehidupan dan faktor genetik.



Sekian, wasalam

Bayaran Melalui Maybank2u.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Bayaran premium bulanan juga dapat dibuat menerusi Maybank2u.com. Saya akan tunjukan pembaca budiman cara bagaimana untuk membuat pembayaran secara online.

Langkah 1

Selepas anda login, skrin seperti dibawah akan tertera. Kemudian pilih menu “Bill Payment” dan kemudian “Add Favourite Payee”.

mbb001

Kemudian pilih pembayar MCIS Zurich Insurance Berhad. Anda hanya perlu masukan nombor polisi dan juga nama lengkap didalam ruang rujukan yang diminta.

mbb2

 

Read more »